Apakah benar al-Ma'mum bermimpi berjumpa Aristotle? Hanya Allah yang lebih mengetahuinya. Namun mimpi inilah yang disebutkan oleh al-Nadim sebagai pendorong kegiatan pemindahan melalui penterjemahan ilmu-ilmu dan hikmah dari pelbagai tamaddun ke dunia Islam melalui bahasa Arab. Bahasa Arab mula-mula bahasa wahyu, kemudian menjadi lingua franca dan seterusnya bahasa ilmu dan tamadun. Teman hanya tersenyum bila membaca al-Nadim menyebut mimpi inilah salah satu sebab kuat pengeluaran buku di kota hadharinya. Apakah ada motif disebalik cerita mimpi itu? Apakah penjual buku itu ada memberikan isyarat atau cuba menyembunyikan sesuatu? Mungkinkah yang hendak disebutkan oleh al-Nadim bahawa akal bukan syarak yang mendorong kegiatan penterjemahan kerana Aristotle dalam mimpi tersebut menyebut akal sebelum syarak? Maka apakah ideologi Mu'tazilah yang menjadi Baghdad hadhari?