17 Apr 2006 by khalidjaafar.orgMengapakah Nabi tidak menganjurkan sahabat-sahabatnya membaca dan menterjemah buku-buku Parsi dan Romawi? Fahaman teman adalah begini: Itu bukanlah fungsi kenabiannya. Bukanlah fungsi nubuwah untuk melahirkan masyarakat penterjemah dan …
Bukanlah fungsi nubuwah untuk melahirkan masyarakat penterjemah dan sarjana. Walaupun tamadun Islam kemudiannya melahirkan penterjemah-penterjemah besar seperti Thabit bin Qurrah, Hunayn bin Ishaq dan Ibn Muqaffa'.
Fungsi kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. adalah Tauhid, dan kerohanian dan akhlak yang berasaskan Tauhid. Inilah benih yang kemudiannya melahirkan tamaddun yang gemilang. Kerana ilmu itu begitu digesa dalam al-Qur'an dan juga Sunnah maka tamaddun Islam berkembang sebagai tamaddun ilmu. Pada mula ilmu-ilmu yang berkembang adalah ilmu yang berkaitan untuk menjelaskan wahyu dan perjalanan hidup Nabi.
Kemudian apabila Islam berkembang ke Parsi dan lain-lain kawasan dimana bahasa Arab bukan bahasa ibunda. Maka bahasa Arab perlu diajarkan kepada mereka yang baru memeluk Islam untuk mereka memahami wahyu dan sunnah. Ilmu nahu berkembang untuk mengelakkan kesalahan penggunaan bahasa wahyu dan juga untuk menangi kerosakan bahasa yang berlaku akibat percampuran dengan bangsa-bangsa bukan Arab. Maka Sibawayh, seorang Parsi, menulis al-Kitab yang bukan sahaja menggariskan nahu bahasa Arab hingga kini tetapi juga salah satu karya terbesar dalam ilmu bahasa dalam mana-mana tamaddun. Sibawayh kini dilihat oleh pengkaji-pengkaji bahasa sebagai setara dengan Panini dari India (520 s.m. – 460 s.m.) yang menulis Astadhyayi, buku bahasa dan nahu tertua yang dikenali oleh tamaddun manusia.
Apabila ilmuan Muslim menyedari kewujudan ilmu dalam tamadun-tamadun sebelumnya, khususnya Parsi dan Yunani, maka mereka terdorong untuk memilikinya. Tetapi ilmu-ilmu tersebut terkandung dalam bahasa-bahasa asing: Yunani, Pahlawi, Suryani dan lain-lain. Maka dalam masyarakat yang sedang dahagakan ilmu pengalihan bahasa menjadi menjadi kegiatan yang tidak dapat dielakkan.
postCount(‘114528351787976793′); Comments (3) | postCountTB(‘114528351787976793′); Trackback