Pengalih bahasa 1
Tuan Khalid, sungguh sampai saat ini hamba bertanya-tanya mengapakah agaknya Nabi Muhammad SAW tidak menganjurkan kepada sahabat-sahabat baginda supaya membaca, menterjemah, menelaah dan membedah ilmu-ilmu yang tertulis dalam kitab-kitab bahasa Parsi, Yunani dan Romawi yang amat banyak pada waktu itu…. sungguh, selain obsesi hamba dengan surah Yusuf, persoalan terjemahan buku-buku ilmu adalah obsesi saya yang satu lagi. Hamba perlukan pencerahan dalam isu ini! Mohon tuan hamba suluhi topik ini.– Ainon Muhammad
Pertama kali hasil terjemahan Ainon yang teman baca adalah novel Tanazaki (moga ingatan teman tentang nama ini betul) yang bertajuk Kunci. Satu novel erotis, tapi bukan lucah. Kemudian (apakah sebelum itu?) dia menterjemahkan adikarya absurdis Orang Terasing yang ditulis oleh Albert Camus (gambar). Teman tidak membacanya. Teman telah membacanya dalam terjemahan Inggeris dengan tajuk The Outsider. Kala itu ramai penulis-penulis muda terkena sampuk faham absurdisme dan existentialisme. Antaranya, teman kira, adalah Dinsman, yang kini telah menjadi penyajak reformasi. Teman yang ketika itu dipenghujung sekolah menengah juga dibawa oleh arus tersebut. Bila arus itu berhenti teman telah sempat menghabiskan The Plague dan The Myth of Sisyphus. Kini minat teman dengan Camus bukan lagi pafa filsafatnya, mungkin di Paris pun tiada pengikutnya lagi. Tetapi pertelingkahannya dengan Jean Paul Sartre dan golongan intelektual kiri Perancis yang tidak mahu menerima fakta jenayah hak asasi manusia yang dilakukan oleh Stalin, pencerobohan yang juga tidak diperkatakan oleh golongan kiri Malaysia.
Sayangnya Ainon membuat terjemahan dari terjemahan. Orang Terasing diterjemahkan dari The Outsider, bukannya dari L’etranger. Seharusnya beliau memelayukan Lord Jim atau Heart of Darkness. Novel-novel Joseph Conrad hanya mendapat perhatian kembali dikalangan pengkritik setelah Edward Said menjadikannya sumber inspirasi kepada projek politik intelektualnya.
postCount(‘114523345862677312′); Comments (3) | postCountTB(‘114523345862677312′); Trackback