23 Apr 2006 by khalidjaafar.orgKhalifah-intelektual al-Ma’mum bertanya kepada Muallim al-Awwal, guru pertama, gelaran yang diberikan oleh filasuf-filasuf Muslim kepada Aristotle. “Wahai Hakim — iaitu filasuf –bolehkah saya bertanya.” Sungguh sopan khalifah kuasa .
Sungguh sopan khalifah kuasa penguasa dengan khalifah intelek.
Jawab Muallim al-Awwal:”Silakan.” Imaginasi teman membayangkan Aristotle mengambil tangan al-Ma’mum dan membawa khalifah tersebut duduk disini. Dan mereka membisikkan hikmah dengan intim.
“Apakah itu kebaikkan?” tanya al-Ma’mum.
“Apa yang baik di sisi akal,” jawab Aristotle.
“Selepas itu?” tanya khalifah lagi.
“Apa yang baik di sisi syarak,” jawab filasuf.
“Dan selepas itu?” sang khalifah bertanya lagi.
“Apa yang baik di sisi muafakat orang ramai (jumhur),” kata Aristotle.
“Selepas itu,” al-Ma’mum masih bertanya.
“Selepas itu? Tiada lagi selepas itu,” Aristotle mengunci jawaban.